Pages

Sunday, September 25, 2011

Siapa Sebenarnya Tak Nak Hudud??

Firman Allah Ta’ala, maksudnya :
“Sesungguhnya sambutan orang mu’min apabila di ajak kembali kepada Allah dan Rasulullah untuk menghukumi antara mereka, ialah berkata: Kami dengar dan ta’at. Dan merekalah yang untung bahagia. (Surah An-Nur : 51) rujuk kitab Riadhus Shalihin Jilid 1 m/s170

Firman Allah Ta’ala, maksudnya :
“Jika kamu membela agama Allah, niscaya Allah menolong kamu dan menetapkan tapak kakimu.” (Surah Muhammad : 7) rujuk kitab Riadhus Shalihin Jilid 1 m/s487

Geletek sini dulu untuk pencerahan..

Pernah juga terbaca dari beberapa blog yang menyatakan:

“PAS jadi kuda tunggangan DAP”
“DAP perkudakan PAS”
“PAS takut laksana HUDUD sebab DAP”
“JUAL agama demi DAP”

Apakah benar apa yang mereka katakan tersebut?? Nak tak nak kita kena selidik demi selidik dahulu.. jangan main pukul rata jer..Sekarang mari kita lihat siapa yang sebenarnya tak mahu laksanakan hudud.. Karpal Sigh, ambiga, Tuan Guru Nik Aziz atau bla..bla..bla..UMNO..hehe..

Mengapa Kelantan tidak mahu laksanakan hudud??

'Bimbang K'tan dirampas halang PAS laksana hudud'

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan keputusan kerajaan negeri tidak melaksanakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri

Katanya, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1977 dahulu.

"(Tun) Dr Mahathir(ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran... Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya sambil membaca kaedah fiqhiyyah bagi menyokong hujahnya.

"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran... dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, malam tadi.

sambung : SINI and SINI

Nanti ada la yang bersuara.. “PAS hanya takut Kelantan Dirampas Dari Melaksanakan Hudud”.. hahaha.. Jangan bersuara, lebih baik hang diam and g ngaji dulu.. Di dalam hukum Islam, dikenal istilahMemilih bahaya (risiko) yang lebih ringan, adalah boleh jika tidak ada pilihan lagi.” Dipetik dari Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1

Sebelum ini juga kita telah digembar-gemburkan oleh media mengenai “Negara Kebajikan”.. Sehinggakan mereka dengan sendirinya (termasuk la pencacai UBN) membuat kesimpulan bahawa PAS telah menukar dari Negara Islam (Perlaksanaan Hudud) kepada Negara Kebajikan.. kerana apa?? Kerana DAP punya pasal..


Itu yang wujudnya istilah yang bukan-bukan untuk PAS.. tetapi semalam Tuan Guru Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa……..
 
 
Buat masa ni dah selesai satu masalah yang PAS tetap dengan pendirian mereka.. So, UBN da takde isu lagi.. tu yang terpampang depan kitab rujukan UBN, menyebelahi PAS..haha..

 
PAS, DAP sudah.. pendirian PKR plak?? Anwar Ibrahim sokong ia dijalankan.. geletek sini..

Selesai sudah bahagian Pakatan Rakyat (PR)..

Macam mana dengan pendirian UMNO/BN??

Dahulu, pada tahun 1993, Kelantan telah meluluskan rang undang-undang Hudud dan di persetujui oleh 100% ahli dewan pada masa itu iaitu PAS dan UMNO dan diperkenankan oleh Sultan Kelantan.. Tuan Guru Nik Aziz telah meminta PM pada masa itu, Mahathir Mohamad untuk meluluskan rang undang-undang tersebut.. Apa dia balas?? Hamba petik skit2, yang lain boleh baca kat SINI..

…(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat….

Kita ni kalau dah tahu, lain kali tanya.. jangan dok wat pandai. Tapi kalau dah terlebih pandai, macam ni plak jadinya.. Macam lebih pandai dari Allah Ta’ala la plak.. adoyai.. “undang-undang PAS”.. haha.. hudud bukan undang-undang PAS, tapi undang-undang Allah.. itu kes 1993.. ingat lagi pasal kes tahun 2011?? Geletek sini..

 
Dari dulu sampai sekarang, dari pemimpin sampai ke pencacai keb*d*han tak habis-habis.. bila suh ngaji, dok sibuk cari duit.. cari duit, cari duit la, tapi bab agama jangan la plak tinggal.. da la macam tu, dok pertikai orang nak jalankan hukum Islam plak.. payah bebeno.. geletek sini.. BACA DAN PAHAMKAN!!! Orang kafir pun boleh paham, takkan orang Islam tak boleh paham kot..ye dok?? Geletek sini..

Pendirian MCA, Gerakan

..MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek (kiri) berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.


Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian…

Sumber : SINI

Pendirian Timbalan Presiden UBN

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menegaskan UMNO tidak pernah menolak hudud kerana ia sebahagian daripada hukum syarak, tetapi berpendapat pelaksanaannya masih belum sesuai.[1]

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata,
penjelasan dan pemahaman mendalam mengenai hukum Hudud perlu diperluaskan kepada masyarakat Malaysia terlebih dulu sebelum ia dipertimbangkan untuk dilaksanakan.[2]

"Ini adalah pendirian kita sejak dulu. [3] Sebagai seorang Islam, kita tidak menolak hukum Hudud kerana ia jelas adalah hukum syarak tetapi dari segi pelaksanaannya, saya percaya ia belum sampai masanya untuk dilaksanakan.

Sumber : SINI

[1] masih belum sesuai ko kata?? Bila time yang sesuai?? Dia ni da tak baca surat khabar or tengok berita ke?? Bunuh, rogol, zina, khalwat da jadi macam perkara biasa dalam hidup kita.. orang awam da naik takut nak keluar rumah sekarang ni.. tak payah orang awam la, penyamun pun taknak keluar isi minyak malam-malam sebab takut dia kena samun..

[2] ambil contoh di Selangor jela.. macam mana nak luaskan kepada masyarakat sekiranya ilmu Allah bila nak sebarkan kena ada tauliah dulu.. silap2 hamba tulis ni pun nak kena ada tauliah gak kot.. ni la antara salah satu cara nak nyekat orang Islam dari menuntut agama Islam dan ini baru di namakan ISLAM DIPOLITIKKAN!!!

[3] Pendirian sejak dulu ek?? Kira dari dulu memang tak nak hudud la kan?? Hhuhu..

Pendirian Presiden UBN/PM Malaysia

Tiada ‘lampu hijau’ laksana hudud, tegas Najib

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Ketika bercakap kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Tanjung Tualang di Perak hari ini, Perdana Menteri berkata, undang-undang Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan sebab kerajaan perlu realistik dengan situasi negara ini.[1]

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.[1]

“Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan [2] dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti. [3]

“Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan [4] melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,” katanya dipetik Bernama Online.

Sumber : SINI

 

[1] dan [3] macam la ko ni lagi pandai dari Allah Ta’ala.. DIA yang wat ko and isi dunia, DIA tahu la sesuai ke tak.. macam ni pun ada orang sokong gak.. erm..

[2] terima, tapi tak lakukan.. terang dan jelas dia ni FASIK.. FASIK bermaksud beriman, tahu yang dia kena solat, puasa, tapi dia langgar gak arahan Allah..

[4] Ulama’ mana lu tanya?? Ulama’ UMNO ke Ulama’ cari makan??

Hamba tak heran kalau ambiga tak sokong hudud..
Hamba tak heran kalau DAP tak sokong hudud..
Hamba tak heran kalau Karpal Singh tak sokong hudud..
Hamba tak heran kalau Lim Kit Siang tak sokong hudud..

TAPI..

Hamba heran kalau Muhyiddin tak laksanakan hudud dan hina agama sendiri..
Hamba heran kalau Najib tak laksanakan hudud dan hina agama sendiri..
Hamba heran kalau Mahathir tak laksanakan hudud dan hina agama sendiri..
Hamba heran kalau “Malaysia Negara Islam” tak laksanakan hudud..
Hamba heran kalau Majoriti Ahli Parlimen ISLAM tak laksanakan hudud..

BERTAMBAH HAIRAN LAGI BILA…..

Manusia yang agamanya adalah Islam, Tuhannya adalah Allah, Mengaku Muhammad itu pesuruh Allah, pergi Mekah tunaikan Haji, Puasa Dalam Bulan Ramadhan, Bayar Zakat, tapi tolak salah satu hukum yang telah ditetapkan dalam Al-Quran.. Menolak satu huruf dalam Al-Quran pun da kira murtad, ni tolak hukum Allah yang banyak ayat telah diterangkan dalam Al-Quran.. Nauzubillahiminzalik..

Boleh try jeling SINI, SINI dan SINI

Yang menyokong tu ingat2 la “skit”.. jangan disebabkan kita, anak-anak dan keturunan kita rosak sebagaimana kita rosak..

Wallahualam..

2 comments:

  1. politik sume ni..umno lebih menjaga kebajikan umat islam dan keamanan negara ni dari pas yg bermodalkan hudud dan bersekongkol dgn musuh dlm selimut demi utk mendapatkan kuasa memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. punya panjang aku tulis sampai lenguh jari jemari, ini je yang ko boleh jawab? UMNO PAS, dua2 politik.. PAS bermodalkan hudud?? UMNO bermodalkan apa? adoyai.. hudud bukan PAS or UMNO punyalah.. apahal la puak2 UMNO/BN ni ben**ap tak habis-habis..

      p/s: apa cerita NAJIB CONTOHI KEMODERATAN RASULULLAH?? dan yang terbaru Najib pakai rantai..rantai apa? tangkal kencing malam ker?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...