Pages

Thursday, September 15, 2011

Hukum Memberikan Hadiah atau Sogokan Untuk Melancarkan Urusan


 

Hukum Memberikan Hadiah atau Sogokan Untuk Melancarkan Urusan

Soalan:
Suatu hari ada tender yang diadakan sebuah perniagaan. Tender tersebut diselenggarakan oleh wakil perniagaan dengan cara yang diredhai Allah s.w.t. Tiba-tiba keluarlah nama seseorang sebagai pemenang tender tanpa ada unsur rekayasa dan campur tangan daripada pemenang tersebut. Lalu dia memberikan hadiah kepada perwakilan perniagaan dan mengatakan “Ambillah hadiah ini, kerana engkau telah memberikan satu keuntungan bagi kami, jazakAllah khairan. Apakah hadiah semacam ini halal atau haram?

Jawapan:
Hadiah semacam ini tidak boleh. Demikian itu untuk menutup jalan (saddu az-zari’ah) menuju haram. Sebab antara hadiah dan sogok (arab = risywah, Melayu pakar ubah = Rasuah) sesungguhnya terdapat perbezaan yang sangat jelas, iaitu adanya keterikatan antara pemberi sogok dengan orang yang disogok. Jika sewaktu sesorang memberikan hadiah kepada anda dengan cara seperti yang dicontohkan di dalam situasi di atas, maka di lain waktu, yang anda akan cenderung berpihak kepada orang yang memberimu hadiah tersebut. Itulah sebabnya para Ulama’ telah membezakan antara hadiah dengan sogok. Hadiah adalah pemberian tanpa sebab sesuatupun kecuali semata-mata mengharap keredhaan Allah s.w.t. Sedangkan apabila ada hal-hal yang mendorong selain kerana Allah s.w.t maka pemberian tersebut dinamakan sogok dan haram melakukannya.

Itulah sebabnya, Syeikh Abdul Ghani An-Nabilisi sampai mengarang sebuah kitab yang diberi judul, “Tahkik al-qadliah fii al-farq baina ar-rasywah wa al-hadiyyah. (Pertanyaan Tegas Tentang Perbezaan Antara Sogok Dan Hadiah).”

Soalan:
Apakah hukum memberikan wang kepada seseorang untuk kepentingan yang sedang tergendala dan tidak akan selesai kecuali dengan cara memberikan wang?

Jawapan:
Tentang haramnya sogok tidak dapat diragukan lagi. Tidak perlu terlalu banyak mengajukan dalil atau hujah untuk menyatakan keharamannya. Dosa sogok ditanggung oleh orang yang menerimanya. Sebab dialah yang membuat orang lain yang berkepentingan terpaksa mengeluarkan wangnya agar urusannya dapat terlaksana dengan lancer. Sekali lagi,  dosanya hanya ditanggung oleh orang yang disogok (orang yang mengambil wang atau barang yang disogok). Pemerintah wajib menolong orang yang menyampaikan pengaduan tentang kejahatan tersebut dan memberikan hukuman kepada pelakunya. Orang yang menerima sogok wajib segara bertaubat agar Allah s.w.t memberkati harta dan anak mereka.

Hukum Islam tentang keharaman sogok ini juga berlaku bagi segala Negara yang dipimpin pemerintah-pemerintah yang zalim dan melanggar hak-hak rakyatnya. Fatwa yang kami nyatakan ini barangkali sangat berguna bagi mereka untuk menjaga kemaslahatan, memudahkan urusan mereka, baik urusan dunia mahupun urusan akhirat. Demikian itu kerana Allah s.w.t telah menegaskan di dalam kitabNya tentang keharaman sogok serta menyatakan bahawa harta yang dimaksud adalah wang atau barang yang diberikan kepada hakim atau orang-orang yang memiliki tanggungjawab dan memperingatkan bahwa orang yang menerima wang sogok bererti telah memakan harta manusia cara yang batil dan zalim, seraya berfirman, maksudnya:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah Al-Baqarah : 188)

Nabi s.a.w juga telah menegaskan di dalam sabdanya akan hal yang selari dengan firman Allah s.w.t tersebut, “Orang yang menyogok, yang disogok dan orang yang menjadi perantara.” Sahabat bertanya, “siapakah yang dimaksudkan dengan perantara ya Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab, iaitu orang yang menghubungkan antara penyogok dan yang disogok.”

Perbuatan sogok menyogok adalah bala besar di dalam kehidupan dunia. Jika ia telah membudaya pada satu bangsa maka tu merupakan petanda bahwa bangsa tersebut telah berada diambang kehancuran. Jenis sogok menyogok itu ada beberapa macam, antara satu dengan lainnya memiliki dosa yang berlebih kurang. Nabi s.a.w telah memperingatkan umatnya akan bahaya sogok menyogok tersebut, tidak lain tujuannya adalah untuk menjaga keseimbangan kehidupan masyarakt, agar hubungan antara satu dengan lainnya tetap terjaga dengan baik, seraya bersabda, maksudnya:

“Orang-orang yang sebelum kamu binasa tidak lain kerana apabila yang mencuri di antara mereka adalah orang yang terpandang (terhormat), maka mereka membiarkannya (tidak menghukumnya), sedangkan apabila yang mencuri itu orang yang lemah maka mereka melaksanakan hukuman had kepadanya, demi (tuhan) yang diri Muhammad di dalam genggamannya kalau seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya Muhammad akan memotong tangannya.”

Memberikan hadiah kepada orang lain sesungguhnya tidaklah termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil, bahkan terkadang tujuannya adalah untuk menuntut haknya yang akan terabaikan jika ia tidak memberi hadiah. Namun demikian perbuatan ini (memberi hadiah) adalah juga haram, inilah yang disebut Ulama’ dengan sogok majaz, sedangkan orang yang menerimanya disebut dengan sogok yang nyata yang akan mendapat dosa yang besar meski penerimaan sogok tersebut ditukar dengan berbagai macam nama seperti atas nama hadiah, wang terima kasih dan sebagainya.

Tetapi, para ahli feqah di dalam hal ini mengatakan bahawa, jika di dalam keadaan sangat terpaksa, tidak ada cara lain kecuali harus memberikan sogok, jika tidak maka urusan (hak)nya akan teraaikan oleh orang fasik yang bertanggungjawab tersebut dan tiada orang yang dapat memberikan pertolongan kepadanya untuk mendapatkan haknya itu, maka dia boleh memberikan wang sogok. Keringanan hukum ini adalah untuk menjaga kemaslahatan umum yang jika tidak maka hak-hak mereka akan terabaikan dan merasakan kesulitan di dalam kehidupannya. Di dalam hukum Islam, dikenal istilah,

“Memilih bahaya (risiko) yang lebih ringan, adalah boleh jika tidak ada pilihan lagi.”

Seorang muslim harus mengetahui pula, bahawa sesuatu yang dibolehkan kerana darurat terbatas pada kadar untuk mnghilangkan mudarat sahaja, tidak boleh lebih. Seperti memakan bangkai misalnya, tidak boleh memakannya kecuali di dalam keadaan darurat dan jika daruratnya telah hilang maka hukum memakannya kembali kepada hukum asalnya iaitu HARAM.

Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...