Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
Macamacamla : belajar hukum haid adalah WAJIB bagi
perempuan dan lelaki yang berniat mahu berkahwin tetapi sunat bagi lelaki yang
berniat untuk tidak berkahwin. Tapi ramai gak perempuan yang tak tahu.. kalau 2
tahun haid, 2 tahun la tak solat.. jangan kata yang muda, yang tua pun sama
naik..
Hukum
Perempuan Haid Menyentuh Mushaf dan Membaca Al-Quran
Soalan:
Apakah
hukum menyentuh mushaf bagi perempuan haid ketika membacanya di dalam acara
keagamaan yang dilakukan secara berjemaah?
Jawapan:
Sebenarnya
di dalam hal ini ada dua permasalahan yang harus kita selesaikan. Pertama,
menyentuh mushaf dan kedua, membaca Al Quran. Adakah membaca Al-Quran boleh
dilakukan tanpa menyentuh mushaf. Contohnya, seseorang memperdengarkan
hafalannya dihadapan sesorang untuk disema, atau dia membaca Al-Quran dengan
cara melihatnya saja daripada jauh tanpa menyentuhnya?
Menyentuh
Mushaf
Dengan
demikian, maka pendapat ulama di dalam hal menyentuh Al-Quran terbahagi kepada
2 golongan. Pertama, Pendapat para pembesar mazhab 4, iaitu: tidak
boleh menyentuhnya kecuali bagi orang yang berwudhuk (suci). Kedua, pendapat
ibnu Hazam, iaitu: Masalah berwudhuk di dalam hal ini bukan suatu keharusan.
Maka bagi orang yang sanggup berwudhuk setiap kali ingin membaca Al-Quran,
adalah lebih baik. Jika tidak, maka membaca Al-Quran adalah lebih baik daripada
tidak membaca. Oleh itu, ia dianjurkan untuk bertaklid kepada pendapat yang Kedua.
Membaca
Al-Quran
Para
pembesar mazhab 4 berkata, “Hindarilah membaca Al-Quran dengan tujuan ibadah
jika engkau di dalam keadaan berjunub.” Sedangkan Imam Malik sendiri
mengatakan perbezaan di antara haid dan junub. Disebabkan itu, Imam Malik
berpendapat bahawa, jika orang yang haid takut akan kehilangan hafalan
Al-Qurannya maka dia dibolehkan membaca Al-Quran. Demikian pernyataan
daripada Imam Malik. Namun perlu diketahui
bahawa, Imam Malik tidak mengatakan “boleh menyentuh”, ia hanya
mengatakan “boleh membaca.” Perempuan yang membaca Al-Quran di dalam keadaan
seperti ini tidak dianggap beribadah, tapi hanya belajar.
Kesimpulannya
: Seorang perempuan yang sedang haid tidak dibolehkan membaca atau menyentuh
Al-Quran kecuali kerana satu alasan sahaja, iaitu: Jika dia takut terlupa
hafalannya jika dia tidak membaca Al-Quran (pendapat Imam Malik). Yang
dimaksudkan dengan “belajar Al-Quran” di sini adalah mengulangi pelajaran
(hafalan misalnya) yang telah dipelajarinya sebelumnya. Untuk menambah
hafalan baru, tetapi tidak boleh. Walaupun tujuan perbuatannya tersebut
untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, tetapi ternyata lebih baik lagi jika
hal tersebut kita tinggalkan.
Sumber :
Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1,
Bab Masalah Bersuci.
Macamacamla : contoh yang lain, perempuan dalam haid
lakukan solat.. Walaupun solat itu baik, tetapi ada masa solat itu haram
dilakukan.. kalau buat juga, bukan dapat pahala, tetapi dapat dosa lagi..
Hukum
Menyentuh Aurat
Soalan:
Saya
mempunyai anak kecil. Terkadang saya terpaksa menyentuh auratnya padahal saya
di dalam keadaan berwudhuk. Apakah hal tersebut dapat membatalkan wudhuk saya?
Jawapan:
Menurut
Ulama mazhab Syafie, hal tersebut membatalkan wudhukmu, sedangkan ulama Hanafiah
hal tersebut tidak membatalkan wudhukmu. Maka apabila masalah wudhuk bagimu
adalah masalah yang berat maka engkau boleh bertaklid kepada mazhab Hanafiah.
Sumber :
Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1,
Bab Masalah Bersuci.
Macamacamla : sama la dengan bab menyentuh/mencium
mayat/jenazah.. wudhuk mayat tak batal coz tiada hukum keatas orang yang dah
mati.. yang terbatal wudhuk adalah orang yang hidup.
Permasalahan
Haid Tidak Teratur
Soalan:
Waktu
haid saya selalu datang tidak teratur. Kadang-kadang hanya 4 atau 5 hari dan
sering juga sampai 15 hari. Berapa harikah waktu yang biasa bagi haid sehingga
membolehkan saya melakukan solat dan ibadah lain?
Jawapan:
Selama
haid berlangsung, maka selama itu pula engkau harus meninggalkan solat dan
puasa, meskipun darah haid yang tersisa hanya tinggal satu titis atau cairan
yang sedikit berwarna keruh. Jika ia masih ada, anda tidak dibenarkan solat
atau puasa walaupun tempohnya berterusan 15 hari. Tetapi tempohnya lebih 15 hari
maka anda mesti mandi janabah untuk bersuci dan selanjutnya dibolehkan
melakukan solat puasa dan ibadah lain. Darah yang keluar selepas 15 hari tidak
lagi dinamakan darah haid tapi darah penyakit (istihadhah).
Sumber :
Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1,
Bab Masalah Bersuci.
Soalan:
Jika
misalnya, kebiasaan seorang perempuan, darah haidnya berhenti pada hari ketiga
dan keempat, kemudian setelah berhenti darah kembali keluar. Bagaimanakah hukum
solatnya dua hari tersebut?
Jawapan:
Apabila
kebiasaan seorang perempuan, darah haidnya berhenti pada hari ketiga dan
keempat, kemudian setelah itudarah kembali keluar, maka selama warna dan bau
darah tersebut masih sama dengan bau darah haid, darah tersebut masih dihitung
darah haid, sampai batas waktu 15 hari. Sebab kebiasaan masa haid seorang
perempuan sepanjang hidupnya tidak sama.
Sumber :
Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1,
Bab Puasa.
Macamacamla : Sekurang-kurang haid adalah selama
24jam/sehari semalam.. Selama-lama haid adalah 15 hari.. kebiasaannya 6 atau 7
hari 7 malam.. Untuk darah penyakit (istihadhah), mereka hanya perlu sentiasa
perbaharui wudhuk tatkala hendak melakukan solat dan lain-lain ibadah yang
diwajibkan berwudhuk (walaupun tidak batal).
-Rujuk
buku Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato’ Ismail Kamus dan Mohd.
Azrul Azlen Ab. Hamid.
Hukum
Perempuan Yang Suci Tepat Pada Waktu Maghrib, Solat Manakah Yang Harus
Dikerjakannya?
Soalan:
Darah
haid saya terputus setelah maghrib atau setelah azan Isyak, lalu saya pergi
mandi (janabah). Apakah saya hanya wajib melakukan solat Isyak atau semua solat
yang tertinggal satu hari itu wajib saya kerjakan?
Jawapan:
Solat
yang wajib anda laksanakan adalah Maghrib dan Isyak. Sebab kedua-dua solat
tersebut adalah bersaudara, manakala Zuhur adalah dengan Asar. Apabila seorang
perempuan suci pada waktu Asar, dia wajib mengerjakan solat Zuhur dan Asar.
Jika dia suci pada waktu Isyak, dia wajib melaksanakan solat Maghrib dan Isyak.
Namun yang pasti, dia tidak wajib melaksanakan keseluruhan solat yang
ditinggalkannya di dalam satu hari tersebut.
Solat
yang tinggal pada saat mulainya datang haid wajib juga dilaksanakannya.
Contohnya, jika seorang perempuan mulai haid pada waktu Zuhur sedang dia belum
melakukan solat Zuhur, maka Zuhur tersebut telah menjadi tanggungannya. Jika
habis masa haidnya, wajiblah baginya melaksanakan solat Zuhur yang telah menjadi
tanggungannya tersebut (Qada’).
Sumber :
Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1,
Bab Masalah Bersuci.
Hukum
Masuk Masjid Bagi Yang Haid dan Nifas
Soalan:
Apakah
hukum masuk masjid bagi orang yang sedang junub, haid atau orang yang tidak
beragama Islam?
Jawapan:
Orang
yang sedang berjunub, haid tidak dibolehkan memasuki masjid kecuali hanya
sekadar lalu tanpa berhenti atau duduk. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t,
maksudnya :
“Jangan
pula hampiri masjid sedangkan kamu di dalam keadaan junub, terkecuali sekadar
berlalu sahaja, hingga kamu mandi.”
(Surah
An-Nisa’: 43)
Adapun
hukum memasuki masjid bagi orang yang tidak beragama Islam adalah boleh. Sebab
Allah s.w.t berfirman, maksudnya :
“Dan
jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu,
maka lindungilah dia supaya dia sempat mendengar firman Allah, kemudian
hantarkanlah ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum
yang tidak mengetahui.”
(Surah
At-Taubah : 6)
Sumber :
Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1,
Bab Masalah Bersuci.
Macamacamla : bab masuk masjid ni banyak gak
permasalahannya.. macam mana sekiranya seorang perempuan itu tertinggal barang
didalam masjid, kemudian haidnya datang?? Boleh atau tidak dia masuk ke dalam
masjid?? Ulama’ da bincang pasal ni, cari sendiri..
Hukum Minum Pil Anti-Haid di Bulan Ramadhan
Soalan:
Bolehkah
seorang perempuan memakai pil anti haid agar dia dapat melakukan puasa selama
satu bulan penuh?
Jawapan;
Telah
menjadikan ketetapan di dalam hukum Islam bahawa seorang perempuan yang sedang
mengalami haid tidak dibenarkan berpuasa. Sebab tidak puasa lebih tepat bagi
kesihatan jasmaninya jika dia sedang mengalami haid. Hal ini adalah merupakan
keringanan yang diberikan Allah s.w.t kepada mereka. Maka 9perempuan“meninggalkan
puasa” pada saat haid adalah wajib bagi mereka. Kerana itu maka apa yang
dilakukan sebahagian mereka (perempuan) yang meminum pil yang menghentikan
darah haid adalah menyalahi kehendak Allah s.w.t kepada mereka. Sebab itu maka
perbuatan tersebut adalah menyalahi hukum syarak.
Adapun
mengenai meminum pil yang dapat menangguhkan
haid sampai akhir Ramadhan (bukan menghentikan darah haid yang sedang
berjalan) tidak ada masalah padanya dan puasanya adalah sah, dengan syarat
tidak akan menimbulkan masalah pada dirinya menurut doktor yang dapat
dipercayai, baik didalam waktu cepat atau lambat. Di mana di dalam kaedha hukum
syarak, melakukan sesuatu yang akan
membahayakan diri adalah HARAM.
Sumber :
Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1,
Bab Puasa.
Hukum Puasa Apabila Haid di Pertengahan Hari
Soalan:
Jika
haid terjadi di pertengahan hari atau setelah asar, apakah orang itu wajib
melanjutkan puasanya sampai waktu berbuka atau tidak?
Jawapan:
Apabila
haid terjadi di pertengahan hari atau sesudah Asar sampai tiba azan maghrib,
maka wajiblah bagi perempuan tersebut membatalkan puasanya saat itu juga dan
wajib mengqada’nya setelah Ramadhan berakhir.
Sumber :
Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1,
Bab Puasa.
Hukum Puasa tetapi Belum Mandi Janabah (Mandi
Wajib)
Soalan:
Adakah
boleh bagi seorang perempuan melakukan puasa sebelum mandi janabah kerana
berjunub atau setelah haid? Bilakah batas bolehnya sesorang menangguhkan mandi?
Jawapan:
Tidak
ada larangan di dalam hukum Islam seorang yang sedang junub dan perempuan yang
telah sucidaripada haid namun belum mandi untuk melakukan puasa. Tetapi dia
wajib segera mandi agar dapat melakukan solat dan membaca Al-Quran dengan
segera.
Sumber :
Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1,
Bab Puasa.
Macamacamla : so lepas ini takde istilah “tak pose coz tak
mandi wajib”, “tak pose coz pagi tadi bangun tidur seluar basah (keluar mani
disebabkan mimpi)”..
Hukum Berpuasa Bagi Perempuan Yang Suci Sebelum
Fajar (Subuh)
Soalan:
Seorang
perempuan yang suci daripada haid segera setelah terbit fajar, apakah dia wajib
menahan untuk tidak makan dan minum pada hari dan kemudian wajib
mengqada’kannya?
Jawapan:
Apabila
darah haid berhenti sebelum terbit fajar maka dia wajib berpuasa pada hari itu
dan puasanya tetap sah, meskipun dia
tidak mandi (mandi wajib) selama 1 hari itu, hanya dia berdosa kerana
meninggalkan solat selama satu hari tersebut. Jika dia suci segera setelah
terbit fajar, maka dia wajib mengqada’ puasa hari itu. Sebab hari tersebut dia
masih dilarang berpuasa.
Sumber :
Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1,
Bab Puasa.
Hukum Orang Yang Belum Qada’ Puasa
Soalan:
Bagaimanakah
hukum orang yang belum mengqada’ puasanya yang tertinggal di satu bulan
Ramadhan sedangkan Ramadhan berikutnya sudah tiba?
Jawapan:
Orang
yang telah berada di dalam satu Ramadhan sedangkan puasanya yang tertinggal di
bulan Ramadhan sebelumnya belum diqada’, maka hanya wajib mengqada’ puasa yang
tertinggal tersebut setelah Ramadhan yang sedang dijalani berakhir. Tetapi,
menurut ulama’ lain, orang tersebut wajib mengqada’ puasanya ditambah kewajipan
membayar fidyah, sebagai denda atas keterlambatan yang sengaja dilakukan.
Sumber :
Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1,
Bab Puasa.
Hukum Gosok Gigi Bulan Puasa
Soalan:
Apakah
hukum menggosok gig dengan berus gigi di waktu berpuasa?
Jawapan:
Tidak
ada larangan bagi seseorang untuk menggosok giginya sewaktu berpuasa, dengan
syarat tidak dilakukan secara berlebihan dan menjaga agar tidak tertelan
sedikitpun air atau apa saja selama menggosok gigi.
Sumber :
Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1,
Bab Puasa.
Macamacamla : memang la de hadis yang mengatakan bau mulut
orang berpuasa itu bau kasturi, tapi janganlah sampai menyeksakan orang yang
lain.. kena plak orang kafir.. nanti dier pikir yang Islam ni pengotor.. apa
salahnya tiap-tiap waktu solat kita berus gigi.. untuk diri sendri gak, bukan
suh berus gigi harimau pun.. kita tidak boleh hanya berpegang kepada satu hadis
je coz banyak lagi hadis yang ada.. Bagaimana dengan hadis ini,
Hadis Abu
Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang." (Riwayat Muslim)
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang." (Riwayat Muslim)
Firman
Allah, maksudnya :
"SesungguhNya
Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang
sentiasa mensucikan diri ".
(Surah
Al-Baqarah : ayat 222)
Hukum Memenuhi Undangan Buka Puasa Ahli Kitab
Soalan:
Apakah
hukum memenuhi undangan buka puasa bersama yang diadakan oleh ahli kitab?
Jawapan:
Tidak
ada larangan bagi kita untuk memnuhi undangan makan (buka puasa bersama) ke
rumah ahli kitab, dengan syarat bahawa makanan yang mereka sediakan tidak
mengandungi makanan yang haram.
Sumber :
Buku “Fatwa-Fatwa Kontemporari” oleh Syeikh Ali Jum’ah (MuftiMesir) Jilid 1,
Bab Puasa.
Macamacamla : di sini kita kena faham apa yang di
maksudkan dengan ahli kitab.. orang nasrani yang ade sekarang contohnya di
Indonesia, Malaysia or Filipina tidak termasuk dalam ahli kitab coz kitab Injil
sekarang telah dipesongkan.. dengan erti kata lain bukan yang ORI punya.. sama
la kes JAIS serbu gereja tu.. tapi sampai sekarang sunyi jer.. mana taknya,
yang tukang anjur pun dah MURTAD.. ahli kitab pekebenda tu..
Wallahualam..
p/s : pasni kita akan bicara bab lain plak insyaAllah..
p/s : pasni kita akan bicara bab lain plak insyaAllah..


0 comments:
Post a Comment