Pages

Tuesday, April 12, 2011

Malaysia Di Landasan Betul Perangi Rasuah

Malaysia Di Landasan Betul Perangi Rasuah - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada landasan yang betul dalam usaha memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa hasil daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya selaras dengan tekad Pelan Integriti Nasional, kerajaan telah menaik taraf Badan Pencegah Rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menubuhkan lembaga penasihat, panel dan jawatankuasa untuk menasihati dan memantau perjalanan SPRM agar wujud ketelusan dan kebebasan dalam usaha memerangi rasuah.

sambung SINI

macamacamla : Tang mana landasan yang betul tu?? Asal rasuah je, ikan-ikan bilis yang kena tangkap.. contohnya, enjin jet yang dibawah kelolaan Kementerian Pertahanan.. Ini ke yang dikatakan landasan yang betul???  BPR di tukar ke SPRM(sperma) pada 1 Januari 2009, time tu indeks rasuah Malaysia berada pada ranking yang ke-56 dimana CPI nya ialah 4.5/10.. Setahun kemudian, Malaysia mempertahankan rankingnya iaitu masih di tingkat ke-56, tetapi CPI-nya adalah 4.4/10..
Sumber : SINI
Maknanya hasil dari naik taraf BPR ke SPRM, bukan makin baik jadinya, tapi makin teruk!!! Ini hamba tambahkan pula indeks rasuah pada tahun ini..
Sumber : SINI
Inilah yang dikatakan LANDASAN YANG BETUL.. haha.. itu hamba compare kan dengan jepun..tau tak jepun?? ala, yang kena tsunami tu, pastu loji nuklear dorang bocor.. So Malaysia amik kesempatan la nak wat loji macam jepun coz Jepun punya da takde function.. geletek sini Malaysia nak tunjuk hero la konon.. haha..
Sebelum nak wat Loji yang memerlukan modal yang besar dan nyusahkan rakyat, kasi upgrade dulu kualiti Proton na.. ramai orang pakai bukan bermaksud ramai orang suka, tapi terpaksa guna coz itu je yang paling murah dan termampu.. YOU GET WHAT YOU PAY.. 

Nak kurangkan Rasuah, bukan dengan Landasan 1Malaysia, tapi landasan Al Quran n Sunnah.. Rasuah adalah haram disisi Islam, so apa-apa yang wat dengan hasil rasuah adalah haram!!! Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :
 
“Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.
 
Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :
 
“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.
 
Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

Wallahualam..


p/s : Aik, pasal rasuah pun Islam ada masuk gak?? So sama dengan politik la ek?erm.. salah satu untuk kurangkan indeks rasuah adalah bunuh orang.. Sekarang mangsa da dua orang.. nak cakap pe?? tak kena kat korang boleh la sembang, kena kat mak bapak korang macam ner??b*d*h!!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...