Pages

Monday, February 28, 2011

Pelajar sekolah, IPT tak faham makna al-Fatihah

Tahukah anda, apakah yang dimaksudkan dengan sekular?? Sekiranya anda tidak tahu, geletek sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.. Sudah tahu??
Tahukah anda, bahawa Malaysia telah menggunakan sistem sekular ini lebih dari 50tahun atau dengan lebih tepatnya sebelum merdeka lagi.. geletek sini iaitu apabila Tanah Melayu dijajah oleh British dll lagi.. Mereka adalah beragama Kristian dimana tujuan jajahan sebenar mereka adalah untuk mengembangkan lagi ajaran Kristian. Untuk lebih lanjut, cari balik buku sejarah lama-lama yang sumbernya boleh dipercayai..
Kerana apa hamba berkata begitu?? Kerana buku sejarah yang kita belajar disekolah-sekolah merupakan satu penipuan yang jelas kerana telah memutar belitkan fakta yang sebenar-benarnya demi menjaga kepentingan seseorang..
Buktinya?? Disini hamba berikan beberapa bukti secara ringkas, yang lain cari sendiri..
  1. Didalam buku sejarah sekolah, Jajahan orang luar ke atas Tanah Melayu adalah untuk mendapatkan hasil bumi seperti bijih timah dll. tetapi ini semua adalah alasan semata-mata..
  2. Mereka telah mewujudkan cukai di Tanah Melayu, dan pejuang-pejuang seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman dll telah menetang penjajahan British dan sekutunya kerana CUKAI.. tapi itu tidak benar kerana Pejung-pejuang tersebut menentang mereka adalah demi pertahankan Agama Islam dan hamba telah beritahu tujuan sebenar British menjajah Malaysia.
  3. Selain itu, British telah masuk campur dalam urusan pemerintahan yang dijalankan oleh Raja-Raja. Macam mana dorang masuk campur?? Mereka telah menciptakan satu masalah, dimana masalah itu akan menglibatkan sistem didalam sebuah negeri.. Kemudian apabila Raja tidak boleh menguruskannya, maka Penjajah telah menawarkan diri untuk menyelesaikannya tapi dengan beberapa syarat antaranya Raja tidak boleh masuk campur dalam urusan Negeri dibawah pentadbirannya kecuali dalam bab Agama Islam..
  4. Parti UMNO telah menceritakan bahawa merekalah yang memerdekakan Tanah Melayu.. Sedangkan sebenarnya bukan mereka yang memerdekakan Tanah Melayu kerana sebelum adanya UMNO, telah banyak parti yang telah berusaha membebaskan Malaysia dari penjajah tetapi mereka semua telah ditangkap dan dipenjarakan kerana apa?? kerana mereka tidak mahu menurut apa yang pihak British mahu.. 
  5. Selepas tertangkapnya musuh-musuh Brtitish, akhirnya UMNO telah mengambil alih dan bersetuju menurut perintah British.. Buktinya?? Apakah perlembagaan yang digunakan di Malaysia sekarang?? Berasal dari manakah perlembagaan tersebut?? 
Tahukah anda, sistem sekular ini telah memberi impak yang besar kepada Negara Malaysia yang diwar-warkan sebagai Negara Islam tetapi menggunakan undang-undang kafir laknatullah??
Antara kesan-kesannya yang boleh dilihat sekarang adalah masalah sosial, ekonomi, rasuah dll lagi.. Ini semua merupakan BALA ALLAH apabila meletakkan Agama Islam hanya pada nama dan IC sahaja..Hamba komen banyak-banyak ni bukan sebab apa, tapi disebabkan ini : -

Pelajar Sekolah, IPT Tak Faham Makna Al-Fatihah

2011/02/28


KUALA LUMPUR: Kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) masih tidak memahami erti bacaan al-Fatihah dalam solat mereka, kata Prof Emeritus, Datuk Dr Isahak Haron.

Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, kajian menunjukkan lebih 80 peratus pelajar Tingkatan Dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti, gagal menjelaskan makna dalam bacaan al-Fatihah.
 

Beliau berkata, perkembangan itu jelas membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam solat, sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim yang dituntut agama.

“Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang, dan bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu di sini, semalam.

Seterusnya, Isahak berkata, pelajar Melayu dari Tahun Dua hingga Tingkatan Lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dikhuatiri terus lemah dalam dua subjek kritikal itu.

“Mereka akan terus menjadi lost generation seperti kumpulan pelajar yang lalu. Bagi kira-kira 30 peratus pelajar yang gagal teruk dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah secara kumulatif, pendidikan di sekolah sudah tidak bermakna. Sekolah tempat mereka ‘gagal’,” katanya.

sumber : SINI 

Keratan akhbar diatas memberitahu, ramai dari pelajar dari sekolah menengah dan IPT.. JangSo anda boleh nilai sendiri berapakah anggaran umur mereka.. Umur yang sudah layak untuk berkahwin dan membimbing anak dan isteri ke arah hidup yang diredhai Allah Ta'ala.. Jangan kata pelajar sekolah menengah n IPT je, kita ni pun termasuk yang rumah kata pergi kubur kata mari, kadang-kadang tu tergelincir jauh gak.. Bagaimana untuk membimbing keluarga, jangan ditanya tentang makna bacaan, sebutan bacaan pun tidak betul lagi.. huruf Alif disebut Ain, ho (ha bulat) disebut haa.. jangan pandang remeh semua ni, kerana kita bukanlah dari keturunan Arab..  So kita tak boleh main baca jer tanpa mengetahui sama ada betul atau salah pe yang kita baca.. contohnya Isyak (Solat Isyak) dengan A'syak (Makna Malam), nampak tak perbedaannya??

Itu baru sebutan, belum masuk bab makna lagi.. Bagaimana pula dengan Solatnya?? Ye,memang sah, tapi adakah kita solat hanya sekadar bersolat sahaja tapi tidak tau pe yang kita baca?? Ada dikalangan pendapat Ulama' mengatakan bahawa kita perlu paham makna didalam solat sekurang-kurangnya Al-Fatihah kerana ia merupakan Rukun Solat dan ia juga umpama kita berkata-kata atau bersembang dengan Allah kerana pada masa itulah pertemuan kita dengan pencipta kita tanpa hijab. erm..Hamba pun banyak lagi keje nak wat.. Fikir dan renungkanlah, mahukah anak-anak kita jadi seperti kita yang jahil agama disebabkan oleh sistem Sekular dalam negara Malaysia seperti ini??



Nauzubillahiminzalik..
Kita kena ubah seluruhnya untuk mendapat redha Allah dari sistem sekular ke sistem Islam, iaitu HUDUD!!! BUKAN PAS YANG CIPTA HUKUM HUDUD TETAPI ALLAH YANG CIPTA!!! TOLAK HUKUM HUDUD = TOLAK AL-QURAN n HADIS = TOLAK ISLAM = TOLAK RASULULLAH = TOLAK ALLAH = YAHUDI, NASRANI, KAFIR LAKNATULLAH!!!

Salam..



p/s : Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Petikan Dari Khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

1 comments:

  1. Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang telah runtuh pada tahun 1924.

    Lihatlah Blog Ar Rayah World News
    http://ibnuyassir.blogspot.com/

    Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...